PERMAINAN TRADISIONAL
MELAYU
CONGKAK
Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.
BATU SEREMBAN

Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan kemudiannya disambut kembali. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain dan biasanya dimainkan oleh golongan perempuan.
Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah 5 biji batu dan biasanya ia dimainkan di dalam rumah.
WAU
Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.Permainan wau turut dipertandingkan. Terdapat pertandingan untuk memilih wau yang naik tinggi, kemahiran menaikkan wau, wau yang mengeluarkan bunyi yang merdu, wau yang mempunyai warna yang menarik, wau yang mempunyai lukisan yang cantik dan wau yang naik tegak.
CINA
Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
INDIA
KHO KHO
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Kabanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-kho merupaka hasil pengubahasuaian daripada satu permainan "Lari dan Kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak peserta-peserta lain.
Permainan kho-kho dijalankan di petak padang yang seluas 27m X 15m. Setiap kumpulan boleh mempunyai 12 orang pemain. Namum, hanya 9 daripadanya akan diturunkan dalam satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar, 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala pemain yang ke-9 akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap penegjar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan 'foul' (pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya atau lambat sampai ke had garisan). Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata 'kho-kho'. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran, terdapat 5 minit masa untuk berehat.
Chaturanga
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
PAKAIAN TRADISIONAL
Kaum Melayu
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi.
Kaum Cina
Cheongsam
Pakaian
ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam
mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Samfu
Samfu
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian
kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau
berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian
ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Kaum India
Sari
Sari
merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia adalah pakaian seharian dan turut
dipakai pada musim perayaan. Kain
sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di
atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai
jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Kurta
Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta
pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana
kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.Kurta
ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk
segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di
sekitar pinggang dan kaki.
Kaum Iban
lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Perempuan Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Kaum Kadazandusun











No comments:
Post a Comment